BM | EN | 中文

Mesra warga emas, PPV dewan konvensyen UTHM dipuji

Universiti-Tun-Hussein-Onn-Malaysia-UTHM_Batu_Pahat.jpg

Gambar Ehsan Wikipedia

Advertisement

BATU PAHAT, 15 JUL: Pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dipuji sebagai mesra warga emas oleh penerima vaksin yang kebanyakannya terdiri daripada golongan tersebut.

Basri Sayuti, 99, berkata para petugas prihatin pada setiap warga emas yang hadir dan mereka diberi layanan istimewa bermula turun daripada kenderaan sehinggalah selesai mendapatkan vaksin.

“Kemudahan yang tersedia di sini cukup balk dan dewan (Dewan Sultan Ibrahim) cukup luas, sekali gus setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat diikuti,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Menurut Basri, yang tinggal di Tanjung Laboh, Senggarang itu, pada mulanya beliau berasa berdebar untuk mendapatkan vaksin, namun setelah mendengar penerangan para petugas, perasaan itu semakin reda.

Dewan tersebut, yang juga merupakan Dewan Konvokesyen UTHM, memulakan operasi sebagai PPV hari ini dan juga PPV Institusi Pengajian Tinggi Awam pertama dibuka di Johor.

Sementara itu, Zaiton Yusof, 62, menyifatkan perjalanan jauh yang ditempuh untuk menerima vaksin di situ sebagai berbaloi.

Advertisement

“Walaupun jauh untuk mendapatkan vaksin ini, namun ia agak berbaloi dengan keadaan yang selesa, mesra warga emas dan OKU (orang kurang upaya), dan yang paling penting layanan para petugas dan sukarelawan yang agak balk,” katanya yang tinggal di Taman Rakyat Labis, Segamat itu.

Naib Canselor UTHM Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly berkata PPV itu, yang akan beroperasi sehingga 15 Nov ini, mampu memberi vaksin kepada 3,000 penerima setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top