BM | EN | 中文

Meskipun berdepan PKP, tradisi edar bubur lambuk DUN Parit Yaani diteruskan

aminolhuda-dun-parit-yaani-edar-bubur-lambuk.jpg

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan turut sama membantu memasak bubur lambuk yang akan diedarkan kepada penduduk setempat

Advertisement

BATU PAHAT, 20 MEI: Aktiviti memasak dan mengedar bubur lambuk yang telah menjadi tradisi setiap kali menjelangnya Ramadhan diteruskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Yaani, Aminolhuda Hassan.

Namun tahun ini katanya, ia berbeza kerana berdepan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang melanda negara kita.

Bagi DUN Parit Yaani kata Aminolhuda, tradisi itu tetap diteruskan dengan sokongan pelbagai pihak yang turut menyumbang menyediakan pelbagai bahan bagi juadah istimewa Ramadan itu.

Advertisement

Petugas keselamatan antara pihak yang menerima bubur lambuk disediakan Pusat Khidmat DUN Parit Yaani

Aminolhuda Hassan berkata, tradisi turun temurun mencecah hampir seabad itu pastinya akan diraikan di kawasan DUN Parit Yaani.

“Saya melihat perkara ini amat baik. Ia menghubungkan silaturrahim sesama kita walaupun untuk tahun ini agak terbatas apabila negara kita diserang dengan wabak Covid-19.

“Usaha untuk meraikan tradisi ini tetap dibuat. Alhamdulillah, hasilnya kita mampu menyediakan semampu mungkin juadah bagi program seperti ini pada Ramadan kali ini.

Advertisement

“Selain itu, kita juga dapat mengambil maklumat berkenaan golongan yang tercicir akibat PKP serta kita turut menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan dan keselamatan kepada mereka

“Tidak ketinggalan agihan tahun ini diluaskan kepada agensi kerajaan seperti di hospital, PDRM dan Bomba sebagai galakan semangat berjuang menentang Covid-19,” ujarnya.

Sertai telegram Johorkini untuk mengetahui berita dan isu-isu semasa di Johor

Advertisement

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, sepanjang PKP berlangsung, pihaknya tidak pernah putus untuk mengambil berat tentang permasalahan rakyat di negeri ini.

“Telah banyak program yang kita jalankan sepanjang PKP ini dan ia khusus kepada mereka yang menghadapi kesulitan dalam menghadapi krisis.

“Kita menumpukan gerak kerja menyelamatkan rakyat serta memberi bantuan kepada mereka kerana kita maklum ada di kalangan rakyat yang tercicir dari bantuan sewaktu PKP berlangsung.

Advertisement

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang program yang dijalankan ini, tidak lupa kepada jentera kami dari parti Amanah baik di peringkat kawasan mahupun di peringkat negeri,” ujarnya lagi.

Sebanyak 3,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada penduduk di DUN Parit Yaani sepanjang program tersebut berlangsung pada Ramadhan tahun ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top