BM | EN | 中文

Mesin ventilator di hospital Johor mencukupi

alat-bantuan-pernafasan-ventilator-hospital.jpg

Gambar Ehsan Time Magazine

JOHOR BAHRU, 28 MEI: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata alatan bantuan pernafasan (ventilator) di hospital-hospital di negeri ini adalah mencukupi.

Katanya peralatan perubatan seperti mesin ventilator adalah penting bagi memastikan perawatan pesakit kritikal Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan dapat dilakukan dengan lebih sempurna.

“Bagi 12 hospital kerajaan negeri Johor, terdapat 208 unit ventilator secara keseluruhan dan ia mencukupi bagi tujuan perawatan pesakit Covid-19 dan bukan Covid.

“Bagi Hospital Covid Johor yang menyediakan perawatan pesakit kritikal Covid -19 iaitu Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), terdapat 40 unit ventilator yang boleh digunakan.

“(Manakala) pihak hospital swasta juga melalui Kementerian Kesihatan Malaysia memberi pinjaman jangka pendek 10 unit ventilator ke HEBHK Kluang untuk digunapakai bagi tujuan ini,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya daripada perolehan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hospital kerajaan negeri Johor telah menerima sumbangan ventilator daripada pelbagai yayasan dan badan korporat.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor (JBPM) terus melaksanakan operasi sanitasi awam Covid-19 di kesemua daerah di Negeri Johor.

Operasi dijalankan bersama pelbagai agensi iaitu SWCorp, Polis Diraja Malaysia, RELA, Southern Waste Management, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis-Majlis Bandaraya, Daerah serta Pembandaran dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor melalui Pejabat Kesihatan Daerah.

Sejak 27 Mac hingga 27 Mei 2020, Operasi Sanitasi Awam telah dilaksanakan di 2,073 lokasi merangkumi 776 (Bangunan Kerajaan), 163 (Rumah Ibadat), 477 (Tempat Awam) dan 657 (Lain-Lain).

Pasukan HAZMAT juga terus melaksanakan proses nyahcemar (decontamination ). Sehingga 27 Mei dan sebanyak 121 operasi nyahcemar (Decontamination) melibatkan 77 lokasi Stesen Kuarantin dan 8,124 orang Person Under Surveillance (PUS) telah dijalankan yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top