BM | EN | 中文

Mersing catat kes tertinggi dadah libat golongan belia dan remaja di Johor

AADK.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 APR: Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, berdasarkan statistik terkini daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), daerah Mersing mencatatkan tertinggi kes dadah melibatkan golongan belia dan remaja di negeri ini.

Katanya, situasi itu membimbangkan dan usaha untuk menangani isu berkenaan harus dilakukan.

“Bagi peringkat nasional, (ikut ratio penduduk) dalam 100,000 penduduk kira-kira 450 orang didapati terlibat penyalahgunaan dadah, tetapi di Mersing merekodkan kira-kira 1,050 orang (bagi 100,000).

Advertisement

“Kita perlu lakukan sesuatu, bukan sahaja dari pandangan pendidikan, tetapi juga faktor lain yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah dan penggunaan dalam kalangan generasi muda di Mersing,” katanya.

Sementara itu Ayob Khan berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Mersing adalah golongan nelayan.

“Kebanyakan dadah digunakan adalah syabu dan methamphetamine, untuk nelayan mungkin mereka guna untuk kekuatan kerana lama berada di laut.

Advertisement

“Kebimbangan kita adalah ia libat remaja, contoh mungkin terpengaruh daripada ibu bapa, jadi anak turut sama ikut,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan operasi bagi membanteras isu berkenaan.

Dalam masa sama katanya, menjelaskan betapa pentingnya Modul Mekar yang dibangunkan bersama-sama UTM, diharapkan dapat membantu memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya penggunaan dadah dan terlibat dalam kes jenayah.

Advertisement

PEMAKLUMAN

Kami merujuk kepada gambar papan tanda ‘Mersing” yang disiarkan sebelum ini pada berita ini.

Gambar yang disiarkan sebelum ini tidak berkaitan secara langsung dengan berita yang disiarkan.

Advertisement

Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf di atas kesilapan pertimbangan di pihak kami dan telah pun menurunkan gambar tersebut.

Editorial

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top