PASIR GUDANG, 9 FEB: Bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2020, Kumpulan Mah Sing telah mengadakan acara Tahun Baharu Cina di Galeri Jualan Meridin East, di sini semalam.
Sambutan Tahun Baharu itu turut dimeriahkan dengan pelancaran rumah dua tingkat, Acacia yang menyediakan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi dengan rekabentuk komtemprori.
Dengan kedudukan strategik, Meridin East berdekatan dengan rangkaian lebuhraya utama seperti lebuhraya JB East-Coast, lebuhraya Senai-Desaru dan lebuhraya Pasir Gudang.
Terdahulu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian juga menyatakan penduduk Pasir Gudang di masa depan dijangka meningkat kepada 560,000.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumah berkenaan, boleh hubungi 07-2913231 atau lawati Galeri Jualan Meridin East.
Johorkini