BM | EN | 中文

MERBBAU DIPILIH POKOK KEBANGSAAN NEGARA

Untitled-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Pokok Merbau dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia, dengan pengumuman tersebut dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, hari ini.

“Dengan sifatnya yang tahan lasak, saya percaya semua rakyat Malaysia boleh mengambil Merbau sebagai simbol kebanggaan negara,” Dr Mahathir dipetik oleh Bernama.

Perkara tersebut diumumkan Dr Mahathir di pameran ‘Hutan Kita’ yang sedang berlangsung di Menara Kuala Lumpur.

Advertisement

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, pokok Merbau dipilih sebagai pokok kebangsaan bagi melambangkan keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara mampan serta usaha pemuliharaan khazanah biodiversiti Malaysia.

“Pokok Merbau juga merupakan simbol kepentingan hutan kepada industri dan ekonomi negara,” katanya dalam sidang media selepas perasmian pameran ‘Hutan Kita’.

Pameran yang akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 22 September tersebut merupakan satu daripada inisiatif di bawah Program Konservasi Hutan Kita 2019-2020 bertujuan mempamerkan kekayaan khazanah hutan negara serta usaha telah dilaksanakan dalam menjaga dan memulihara hutan.

Advertisement

Pameran itu turut mencipta rekod kebangsaan dan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Pameran Spesies Pokok Hutan Hujan Tropika Terbesar yang menyaksikan 850 spesies pokok hutan hujan tropika dipamerkan.

 

Sumber: Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top