BM | EN | 中文

Menyamar peguam istana Johor, lelaki ditahan

ayob-khan-polis-johor-1.jpg

Gambar Ehsan Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 APR: Ketua Polis Johor, Ayob Khan memaklumkan seorang lelaki telah ditahan kerana didapati menyamar sebagai peguam istana Diraja Johor, untuk memperdaya sebuah syarikat pengiklanan dengan bayaran pemasangan papan iklan sebanyak RM185,000.

Katanya, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan pada pukul 9.40 pagi semalam di Kampung Dato Onn Jaafar, Johor Bahru.

Penahanan dibuat susulan satu laporan polis yang dibuat pada 31 Mac 2011, berkaitan penipuan individu menyamar sebagai peguam Istana Diraja Johor.

Advertisement

“Individu itu yang juga merupakan seorang peguam, telah memperdaya syarikat berkenaan dengan membuat penyamaran untuk mendapatkan pembayaran cas pemasangan papan iklan sebanyak RM185,000 di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura,” katanya, lapor Bernama.

Tambah Ayob, lelaki itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini di bawah Syeksen 420 Kanun Keseksaan.

Ayob turut  berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak tertentu mendakwa kononnya mempunyai hubungan rapat dengan pihak Istana Johor atau kerabat Diraja Johor untuk tujuan menipu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top