BM | EN | 中文

Menuju endemik: Kerajaan perlu utamakan kesihatan mental rakyat

Lim-Yi-Wei.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

PETALING JAYA, 7 OKT: Kerajaan perlu mengutamakan kesihatan mental dalam menuju ke arah peringkat endemik Covid-19 kata Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Katanya, antara perkara yang perlu dilakukan kerajaan ialah nyah-jenayah cubaan bunuh diri, menambahbaik sistem kesihatan dan kerjasama dengan pihak swasta, kerjasama antara kementerian dan pemberdayaan kaunselor bagi anak yatim akibat Covid-19 dan mengiktiraf ketidakadilan sosial sebagai komponen kesihatan mental.

“Peningkatan drastik kes bunuh diri sepanjang pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai lebih terbuka untuk membincangkan isu kesihatan mental.

Advertisement

“Setakat Julai 2021, 638 kes bunuh diri dilaporkan, berbanding dengan 262 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Minggu ini, timbalan menteri kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan Dewan Negara bahawa Talian Sokongan Psikososial telah menerima 223,990 panggilan setakat 19 September. 80.8% daripada pemanggil memerlukan sokongan emosi dan kaunseling,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga hari ini, pindaan kepada Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih belum dibentangkan ke Parlimen.

Advertisement

“Kerajaan Persekutuan harus menjawab: apakah pertimbangan ataupun halangan kepada pembentangan ini? soal Lim.

Tambah beliau, kerajaan perlu meningkatkan sokongan bagi individu yang telah mendapat diagnosis psikiatri berikutan talian hayat kurang berguna bagi golongan ini, kerana masa menunggu untuk temu janji psikiatri telah bertambah dari 3 bulan hingga 6 bulan.

“Kita juga boleh mengambil iktibar daripada program “Improving Access to Psychological Therapies” (IAPT) yang diamalkan di United Kingdom.
“IAPT menggunakan “stepped care model”, yang menilai, memberi dan memantau perkhidmatan kesihatan mental supaya kaedah yang paling berkesan dan menggunakan paling kurang sumber diberi kepada pesakit terlebih dahulu,” kata Lim.

Advertisement

Dalam pada itu kata Lim kementerian perlu bekerjasama untuk memberdayakan kaunselor kepada anak-anak yatim akibat Covid-19.

“Dengan pembukaan semula sekolah, kerjasama antara kementerian dan agensi amat penting supaya golongan ini mendapat sokongan emosi sewajarnya. KPWKM mempunyai 1,000 pekerja sosial dan 150 kaunselor, manakala terdapat 20,000 kaunselor di sekolah-sekolah.

“Dalam model “stepped care”, kaunselor boleh dilatih supaya mereka peka terhadap tanda-tanda kemurungan, gangguan kebimbangan, ataupun gangguan stres pasca trauma (PTSD) dan boleh memberi bantuan psikologi awal kepada kanak-kanak, terutamanya golongan yang telah kehilangan orang tersayang akibat Covid-19,” katanya.

Advertisement

Selain itu katanya isu ketidakadilan sosial perlu dilihat sebagai komponen kesihatan mental antaranya tekanan emosi, keganasan rumah tangga, penderaan seksual, kehilangan kerja, penyakit kronik dan lain-lain cabaran.

“Kesihatan mental merangkumi perumahan yang selamat, peluang pekerjaan, gaji setimpal, peluang pendidikan dan sebagainya.

“Perlindungan sosial harus menjadi dasar utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” kata Lim lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top