BM | EN | 中文

Menteri usah buli rakyat

Zainul-Abidin-Veveonah-Mosibin-Abdul-Rahim-Bakri.jpg

MUAR, 9 SEPT: Menteri dinasihatkan agar berhenti dari membuat kenyataan seperti membuli rakyat gesa Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok.

Merujuk kepada kes Veveonah Mosibin yang didakwa oleh beberapa orang menteri sebagai menipu Nor Hayati Bachok berkata, tindakan menteri berkenaan memberikan tanggapan negatif kepada Veveonah. sangat dikesali.

“Kena selidik sebelum berkata-kata. Bukan menyerang adik Veveonah. Menteri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana ia memberi tekanan kepada mental Veveonah.

“Kenyataan Veveonah bukanlah suatu ancaman kepada kerajaan atau menteri.

“Mengapa harus menganggap musuh kepada dirinya. Ini adalah suatu budaya yang tidak baik ditonjolkan oleh pemimpin kepada rakyat.

“Tindakan ini boleh dianggap sebagai bulisiber terhadap individu seperti Veveonah,” kata Nor Hayati.

Adun Maharani itu berharap agar menteri berkenaan berhenti dari menyerang Veveonah dan menyelesaikan masalah dihadapi Veveonah.

Tambahnya, rakyat Malaysia secara umumnya kini dapat melihat bagaimana kepimpinan Perikatan Nasional (PN) mengamalkan budaya buli dan tidak boleh ditegur.

“Saya kesal dengan budaya tidak boleh ditegur terhadap kerajaan PN ini. Rakyat terus dibuli seperti apa yang berlaku terhadap nasib adik Veveonah.

“Seharusnya kerajaan menyelesaikan masalah yang dialami rakyat bukan menyalahkan mereka. Ini suatu diskriminasi.

“Rakyat bawahan akan terus terpinggir tanpa mampu memberikan pandangan.

“Paling membimbangkan budaya ini telah menjadi ‘trend’ pemerintahan kerajaan PN,” jelasnya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top