BM | EN | 中文

Menteri Umno yang lain juga perlu letak jawatan

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 3 OGOS: Para menteri dari parti Umno perlu meletakkan jawatan sekiranya Umno benar-benar ikhlas dalam menjunjung perlembagaan parti itu.

Perkara itu dicadangkan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman yang mahu Umno mengotakan kata-kata mereka.

Umno hari ini mengeluarkan kenyataan melalui Presiden mereka yang menyebut berkenaan dengan Fasal 3.3 Perlembagaan Umno yang berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Advertisement

Taqiuddin turut mencabar agar Umno membuktikan taat setia mereka kepada KDYMM YDPA dengan meletakkan kesemua jawatan mereka dalam kerajaan yang diterajui Tan Sri Mahiaddin Yassin.

“Nasihat dahulu menteri-menteri mereka (Umno) untuk letak jawatan barulah jelas keikhlasan mereka untuk mempertahankan Raja-Raja Melayu.

“Letak jawatan sekiranya mereka taat kepada titah baginda YDPA. Jangan hanya mengeluarkan kenyataan kononnya mereka menarik sokongan dan sebagainya.

Advertisement

“Kalau hanya berani dalam mengeluarkan kenyataan sahaja ianya tidak memberi apa-apa impak pun kepada kerajaan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu sebentar tadi Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Mahiaddin sudah hilang majoriti dan keabsahannya sebagai ketua kerajaan.

Menurut Ahmad Zahid, semua ahli parlimen terbabit menandatangani surat itu sebagai bukti menyatakan pendirian masing-masing.

Advertisement

Selain pemimpin yang hadir, katanya terdapat anggota parlimen lain yang tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain atau berada di kawasan masing-masing.

Menurut Ahmad Zahid, selepas mengadakan mesyuarat tadi Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk parti itu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak lagi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Mahiaddin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top