BM | EN | 中文

Menteri KPKT perlu jawab isu peruntukan kepada Penggerak Komuniti Tempatan

zuraida-kamaruddin-wong-kah-woh.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin perlu menjawab mengenai peruntukan bagi tahun 2021 kepada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), kata ahli parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh.

Wong berkata, jawapan Menteri KPKT adalah putar belit dan tidak langsung menyentuh isu pokok iaitu kepentingan politik dalam perkara ini.

Kata Wong, beliau dalam jawapan yang diterima kementerian itu bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM2.6 juta pada 2020 untuk PeKT di tiga negeri ditadbir pembangkang dengan 261 ahli PeKT melibatkan 46 buah kerajaan tempatan.

Advertisement

Manakala RM8.6 juta diperuntuk pada 2021 kepada PeKT dan mengaitkan badan itu dengan Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan pada Februari 2019.

Kata Wong, sekiranya tujuan utama PeKT adalah untuk membantu pelaksanaan Dasar Komuniti Negara seperti didakwa Menteri beliau perlu menjawab soalan antaranya sama ada pelantikan ahli-ahli PeKT merupakan lantikan politik semata-mata.

“KPKT tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan ke atas kerajaan tempatan di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang dalam melaksanakan Dasar Komuniti Negara?

Advertisement

“KPKT tidak berhasrat melaksanakan program di bawah Dasar Komuniti Negara, atau KPKT berpendapat program tersebut tidak perlu di negeri-negeri diperintah kerajaan PN, memandangkan tidak ada seorang pun ahli PeKT dilantik? soal Wong, menurut laporan Roketkini.

Tambah beliau Menteri KPKT cuba memutarbelitkan fakta dalam isu penubuhan PeKT dan cuba untuk melindungi fakta sebenar bahawa ia adalah bertujuan politik semata-mata.

“Peruntukan sebanyak RM8.6 juta kepada PeKT seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan 2021 harus ditarik balik dan digunakan untuk tujuan-tujuan lain yang memanfaatkan rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top