BM | EN | 中文

“Menteri Komunikasi lebih yakin JASA berbanding RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan?

Wong-Shu-Qi-ahli-parlimen-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 9 NOV: Sekiranya penubuhan semula JASA untuk melawan berita palsu, ia menggambarkan seolah-olah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak yakin kepada agensi media kerajaan, iaitu RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan.

Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, kenyataan KKKM seperti yang dikongsi di laman facebook menterinya, Saifuddin Abdullah semalam menjelaskan JASA ditubuh kembali untuk melawan berita palsu seakan-akan menganggap rakyat tidak cerdik.

“Saya berharap KKMM menjawablah secara jujur dan bukan mencari alasan separuh masak yang langsung tidak diyakini dan dipercayai oleh rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan menghidupkan semula JASA.

Advertisement

“Sekiranya objektif KKMM untuk membanteras berita palsu, menteri tidak seharusnya mengguna sebuah agensi yang namanya sudah terlampau buruk kerana melaksanakan kerja propaganda dan terpalit dengan gelaran agensi “Dr Spin” untuk rejim BN dahulu.

“JASA yang bakal diberi peruntukan gergasi oleh Perikatan Nasional tidak akan dapat membantu KKMM mencapai objektifnya melawan berita palsu, kalaulah betul itu objektif utama.

“Kedua, KKMM sudahpun mempunyai banyak saluran untuk melawan berita palsu. Contohnya, RTM dan Bernama ada rangkaian berita dan informasi masing-masing sama ada media tradisional ataupun media sosial.

Advertisement

“Jabatan Penerangan sendiri mempunyai mekanisme penyebaran maklumat. Semua agensi di bawah KKMM ini seharusnya diperkasakan untuk melaksana kempen celik media agar orang ramai memahami maklumat yang mereka perolehi.

“Beginilah caranya untuk melawan berita palsu,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, belanjawan mengurus untuk RTM dan Bernama telah dipotong sebanyak RM94.85 juta dan RM12 juta dalam Belanjawan 2021.

Advertisement

“Adakah ini menunjukkan bahawa menteri dan timbalan menteri lebih yakin pada kemampuan JASA, yang sebenarnya telah ditutup, daripada meyakini penggiat media profesional?

“Saya menyokong penuh semangat KKMM untuk melawan penyebaran maklumat tidak tepat (disinformation) dan berita palsu. Pun begitu, kita mesti menggunakan cara yang betul kalau kita mahu mencapai matlamat tersebut.

“Saya telah banyak kali membangkitkan dalam Dewan Rakyat bahawa pendidikan celik digital atau celik media adalah penyelesaian yang paling tepat dan sesuai untuk kita melawan fenomena berita palsu.

Advertisement

“Jalan ini mungkin mengambil masa yang lebih lama, namun ia akan mendatangkan impak yang paling positif dan besar dalam masyarakat majmuk kita,” kata Shu Qi.

Beliau turut mengimbas program inisiatif ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menjalankan kempen tersebut dengan kerjasama institusi pendidikan.

“Dengan model yang sama, dan jika peruntukan JASA itu disalurkan, maka seramai 855,000 orang boleh ambil bahagian dalam kempen celik media tersebut.

Advertisement

“Ini akan melahirkan masyarakat yang cerdik dan celik meneliti maklumat setiap hari,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top