BM | EN | 中文

Menteri Kewangan digesa perjelas kos baiki sekolah daif naik mendadak

Teo-Nie-Ching.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching meminta Menteri Kewangan menjelaskan peningkatan kos membaiki sekolah daif yang naik mendadak

Menurut beliau, semasa pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan pada 6 November berkata, kos tambahan sebanyak RM725 juta akan diperuntukkan bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif.

“Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada saya, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), iaitu bagi tahun 2016 hingga tahun 2020, sejumlah RM3.055 bilion telah diluluskan untuk projek naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif bagi 773 buah sekolah di seluruh negara.

Advertisement

“Daripada keseluruhan peruntukan tersebut, sejumlah RM415 juta adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 245 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di Semenanjung Malaysia.

“Sejumlah RM1.388 bilion adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 291 buah sekolah di Sarawak manakala RM1.252 bilion adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 237 buah sekolah di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada Ahli Parlimen Baram, bagi tempoh mulai tahun 2018 sehingga tahun 2020, sebanyak 241 buah sekolah daif di negeri Sarawak telah dinaik taraf dan dibangunkan semula dengan kos projek berjumlah RM1.216 bilion.

Advertisement

Khusus di Parlimen Baram, sebanyak 15 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan bagi tahun 2018 hingga 2020 dengan kos projek berjumlah RM167.48 juta.

Dikatakan pelaksanaan projek berkenaan meliputi skop pembinaan bilik darjah, bilik sains, dewan makan, tandas dan kemudahan-kemudahan lain.

“Menteri Pendidikan harus menjelaskan kenapa kos purata bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif melonjak secara mendadak.

Advertisement

“Menurut jawapan beliau semasa peringkat jawatankuasa, perbezaan kos ini disebabkan oleh perbezaan skop.

“Ada keadaan di mana sekolah-sekolah ini tidak digantikan sepenuhnya, ada sekolah yang diganti baharu.

“Sekolah yang ada di bandar kosnya makin rendah tetapi apabila hendak bawa bahan-bahan binaan ke kawasan luar bandar ini, kosnya akan tinggi.

Advertisement

“Penjelasan ini kurang memuaskan dan tidak menyakinkan. Projek-projek pembinaan semula sekolah daif yang dilaksanakan pada tahun yang lalu juga telah mengambil kira faktor-faktor tersebut. Kesemua kos projek juga telah diperakukan oleh JKR.

“Baram sebagai contoh. Sebanyak 90 peratus sekolah di PPD Baram adalah sekolah Pedalaman 3. 5 adalah sekolah P1 manakala 3 adalah sekolah P2.

“Oleh sebab itu, kos purata pembinaan semula sekolah daif di kawasan Baram memang lebih tinggi.

Advertisement

“Oleh yang demikian, saya menggesa KPM untuk memberi senarai 50 sekolah daif yang telah disenaraikan dan juga skop kerja berkenaan untuk penelitian orang ramai,” kata Nie Ching.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top