BM | EN | 中文

Menteri Kesihatan tak perlu berpolitik, lebih baik fokus tangani Covid-19

dr-adham-baba.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 APR: Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menggesa Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk berhenti ‘berpolitik’ dalam suasana negara berdepan krisis Covid-19 ini.

Dzulkefly berkata Adham seharusnya merancang ‘Exit Strategy’ dengan pendekatan yang berteraskan ‘bukti dan data’ untuk membimbing Perdana Menteri dan kabinet membuat langkah-langkah ‘penamatan PKP secara bertahap.

“Lebih konstruktif seandainya beliau benar-benar menguasai realiti cabaran getir yang dihadapi negara mutakhir ini,” kata Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan.

Advertisement

Dr Adham Baba sebelum ini mendakwa kerajaan PH sebelum ini gagal membendung kluster himpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur, yang menjadi punca kepada gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Adham berkata jika ia dapat dibendung, Malaysia hanya akan berdepan kluster jangkitan yang kecil.

“Pada 10 Mac, ada kluster baru yang muncul, yang kerajaan sebelum ini tidak dapat bendung iaitu kluster Tabligh.

Advertisement

“Ia (himpunan di Masjid Sri Petaling) berlaku daripada 27 Februari hingga 3 Mac. Ia sungguh besar, sehingga hari ini, kita tidak dapat menghentikan (sepenuhnya) penularannya. Masih ada kes-kes daripada kluster ini yang telah menular sehingga generasi kelima.

“Jika kluster Tabligh dapat dihalang, sebenarnya gelombang kedua tidak akan berlaku. Kita mungkin ada kluster kecil sahaja,” kata Adham itu ketika sesi telesidang dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang dimuat naik di Facebook.

Justeru itu kata Dzulkefly, Ahli Parlimen Tenggara itu sepatutnya membimbing kabinet melalui ‘kajian immuniti’ atau ‘sero-surveillance’ bagi mengenal pasti ‘tahap infeksi dalam negara-komuniti’ bagi merancang penamatan PKP serta mengorak langkah untuk membangunkan ekonomi.

Advertisement

“Amat parah ramalan MIER yang mengunjurkan rakyat yang akan kehilangan 2.4 juta pekerjaan serta mengalami pertumbuhan negatif – 2.9 peratus KDNK,” katanya.

Tambah Dzukefly, kerajaan juga sepatutnya menyelesaikan tuntutan pembuatan dan pengedaran peralatan perlindungan peribadi (PPE) petugas barisan hadapan, warga KKM serta seluruh ‘sukarelawan dari pihak swasta dan NGO.

“Saya menyeru semua pihak kerajaan dan pembangkang, swasta dan NGO supaya menggembleng tenaga, dana dan kepakaran untuk segera mengurus seterusnya krisis Covid-19 dengan pendekatan yang lebih berkesan, bertanggungjawab, telus dan berintegriti,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top