BM | EN | 中文

Menteri Kesihatan sepatutnya bela Dr Noor Hisham

26kjuci_1588169822.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 12 NOV: Menteri Kesihatan, Dato Sri Dr Adham Baba sepatutnya membela Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung kenyataan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang menuduh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, itu sebagai ‘takut mati’.

Mantan Exco Kesihatan Johor, Aminolhuda Hassan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menghina serta mengaibkan Dr Noor Hisham yang diketahui antara individu berhempas-pulas memerangi Covid 19 di negara ini.

Beliau turut menyelar kenyataan dari ahli parlimen Bintulu tersebut dan hairan dengan sikapnya menghina orang yang banyak berjasa kepada negara.

Advertisement

“Saya mendesak agar Menteri Kesihatan serta timbalan-timbalannya mengeluarkan kenyataan berpendirian membela Dr Noor Hisham agar tidak ada pihak yang mengganggu tugas beliau.

“Sudah hampir 24 jam, sebarang kenyataan dari pihak menteri tidak berkumandang. Ini menjelaskan bagaimana nasib negara kita yang amat malang di bawah pentadbiran menteri yang lemah,” katanya.

Aminolhuda Hassan

Beliau yang merupakan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, individu yang harus dipersalahkan adalah Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba

Advertisement

“Kita maklum bahawa semenjak Covid-19 melanda negara, Menteri Kesihatan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak berperanan dengan baik.

“Saya ingin menjawab kenyataan yang dikeluarkan ahli parlimen Bintulu. hakikatnya Menteri Kesihatan yang tidak turun padang, bukan Dr Noor Hisham seperti didakwanya semalam.

“Dr Noor Hisham telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sehingga rakyat lebih menyakini beliau dari menteri terbabit.

Advertisement

“Di mana menteri serta timbalannya hari ini? Jelas menunjukkan Menteri Kesihatan hanya berdiam diri sehingga tidak mahu menunjukkan muka.

“Saya amat sedih apabila negara kita hari ini mempunyai Menteri Kesihatan yang tidak cakna langsung dengan nasib rakyat di negara ini sehingga KP Kesihatan pun dihina dalam Parlimen oleh wakil rakyat kerajaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu Aminolhuda turut menyampaikan rasa penghargaan kepada mereka yang sama-sama mempertahankan Dr Noor Hisham.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top