BM | EN | 中文

Menteri Kesihatan ‘hilang’, Pemuda Amanah lancar gerakan cari Dr Adham Baba

Adham-Baba.jpg
Advertisement

PONTIAN, 4 OKT: Hari ini ini tular poster mendakwa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang dikatakan hilang semenjak kes Covid-19 kembali meningkat kebelakangan ini.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman ingin menggerakkan jentera bagi mengesan Menteri Kesihatan tersebut.

Katanya, ia adalah suatu tindakan yang berbentuk simbolik kerana rata-rata rakyat hari ini mendakwa negara sudah kehilangan Menteri Kesihatan mereka.

Advertisement

“Sengaja kita mahu menyatakan bahawa Menteri Kesihatan Malaysia seperti menyepikan diri tatkala rakyat serta negara mengharapkan beliau memikul tanggungjawab dalam mengatasi masalah Covid-19 ini.

“Walau bagaimanapun kita tidak boleh terus mengharap hanya sekadar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah semata kerana beliau tidak mampu untuk memberikan kata putus terhadap sesuatu tindakan.

“Disebabkan itu, Menteri Kesihatan perlu memainkan peranan penting dalam usaha memberikan kata putus sedemikian agar segala perancangan selari dengan apa yang dibimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Taqiuddin Cheman

“Sekiranya beliau (Adham) tidak mampu memikul tanggungjawab ini bersama dua timbalannya, saya harap beliau meletakkan jawatan dengan kadar segera agar tempat beliau itu boleh diisi oleh individu yang lebih bertanggungjawab seperti Dr Noor Hisham.

“Simbolik yang kita lakukan seperti gerakan mencari Menteri Kesihatan ini adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan agar memantau lebih serius kenaikan kes positif Covid 19 di negara kita,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional berkata, kerajaan harus fokus dengan keadaan yang berlaku serta perlu segera mengambil langkah selari kenyataan Dr Noor Hisham.

Advertisement

“Kebimbangan Dr Noor Hisham dalam tulisannya di twitter, facebook dan media sosial yang lain menggambarkan kekhuatiran beliau.

“Namun apa yang pasti kerajaan dalam kenyataan terakhirnya semalam mendakwa keadaan masih terkawal.

“Ini tidak masuk akal kerana ia tidak selari dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Advertisement

“Apa yang cuba disembunyikan oleh kerajaan hari ini sehingga perkara ini dilihat tidak selari. Rakyat di bawah semakin bimbang.

“Selain Covid-19, mereka juga terpaksa berhempas-pulas untuk membina ekonomi mereka apatah lagi dalam keadaan moratorium yang luput pada bulan ini (Oktober),” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top