BM | EN | 中文

Menteri gagal tangani krisis harus letak jawatan – Guan Eng

menteri-kabinet-malaysia.jpg

Mesyuarat kabinet pertama kerajaan Perikatan Nasional (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan, pelancongan, kebajikan, sumber manusia dan ekonomi harus meletakkan jawatan kerana gagal menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata banyak sektor terkesan terutamanya industri pelancongan yang parah, dan kegagalan yang jelas oleh menteri dalam menguruskan krisis kesihatan awam susulan penularan wabak COVID-19.

“Lonjakan tinggi jangkitan COVID-19 ini adalah bukti jelas kegagalan kerajaan PN yang tidak dipilih untuk mengurus, mengawal dan membendung wabak global ini.

Advertisement

“Keengganan PN untuk melaksanakan sepenuhnya 3T yang melibatkan saringan, pengesanan dan rawatan, termasuk semua kontak rapat pesakit positif COVID-19, tidak dapat dimaafkan.

Lim Guan Eng

“Adakah dengan menggantung Parlimen memberi peluang kepada Muhyiddin untuk memungkiri janjinya sehingga krisis kesihatan COVID-19 berakhir? kata Guan Eng dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kerajaan telah mengecewakan rakyat Malaysia kerana gagal mengumumkan sebarang pakej kewangan yang konkrit dan bermakna untuk menyelamatkan ekonomi berikutan pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari.

Advertisement

“Walaupun sambutan Tahun Baru Cina akan disambut sunyi dan sangat terkesan, apa yang lebih penting adalah ketiadaan komitmen secara bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan,” kata Guan Eng.

Beliau turut mencadangkan empat langkah perlu dilakukan kerajaan iaitu pelanjutan automatik moratorium pinjaman bank kecuali Kumpulan 20 Teratas, dan menaikkan bayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000 termasuk kepada penganggur dan pengeluaran KWSP sendiri.

Turut disarankan pelepasan sewa atau subsidi untuk kompleks membeli-belah dan bantuan kewangan langsung kepada kumpulan B40, pekerja dan perniagaan.

Advertisement

Ini bukan satu-satunya bukti kerajaan PN dan Menteri Kabinet tidak peduli dan tidak cekap.

Menurut beliau, Malaysia kehilangan pelaburan langsung asing (FDI) pada kadar yang lebih buruk berbanding ASEAN dan secara global pada tahun 2020, menurut Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).

“FDI sebenar Malaysia tahun lalu turun 68 peratus berbanding penguncupan purata rantau Asean 31% dan penguncupan purata global 42 peratus.

Advertisement

“Pada ketika ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan perniagaan bukan kerana kesalahan mereka sendiri, Menteri yang gagal melakukan kerja mereka harus diganti,” tegas Guan Eng.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top