BM | EN | 中文

Menteri cadang tangguh bayaran pinjaman mikro kredit Tekun, AIM

Rina-Harun.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk memberi penangguhan atau penjadualan semula pembayaran pinjaman skim mikro kredit Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, cadangan penangguhan atau penjadualan semula bayaran pinjaman skim mikro kredit itu) bagi membantu usahawan wanita dan golongan B40 yang pendapatannya terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Cadangan ini diangkat bagi tujuan membantu para usahawan wanita golongan B40 yang terpaksa menanggung kerugian akibat daripada kekurangan hasil perniagaan berikutan penularan wabak Covid-19.

Advertisement

“Dengan cara ini, kerajaan dan pihak yang terbabit bukan sahaja dapat meringankan bebanan penderitaan akibat wabak Covid-19 khususnya bagi usahawan wanita dan keluarga yang dijangkiti, tetapi juga dapat meringankan desakan ekonomi yang dihadap oleh mereka pada masa ini,” katanya.

Rina menambah, penularan wabak ini yang terlalu cepat di negara ini secara langsung telah menjejaskan ekonomi negara dalam pelbagai sektor.

“Antaranya pelancongan, perkhidmatan dan perniagaan atas faktor keselamatan dan kesihatan diri.

Advertisement

“Usahawan-usahawan kecil ini yang terdiri daripada wanita khususnya dari golongan B40 turut terjejas akibat wabak Covid-19,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top