BM | EN | 中文

“Menteri Besar perlu menghadap Sultan Johor untuk beri nasihat jika wajar DUN dibubarkan”

Hasni-Mohammad-UMNO.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 20 JAN: Menteri Besar Johor perlu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk memberi nasihat jika wajar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor wajar dibubarkan.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri sendiri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti itu sebagai mengulas desas-desus UMNO bersiap sedia PRN negeri tersebut.

“Perkara itu (PRN) terserah kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (Datuk Hasni Mohamad) sendiri kalau beliau rasa memang ada keperluan.

Advertisement

“Seperti kelaziman, beliau masih perlu menghadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) untuk beri nasihat jika wajar DUN dibubarkan sekarang untuk buat PRN,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Eksklusif Bersama Perdana Menteri dan melancarkan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini malam tadi.

Khabar angin mengenai PRN Johor bertiup kencang susulan kedudukan kerajaan negeri tidak lagi kukuh apabila hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam DUN berbanding pembangkang.

Advertisement

Ia susulan kematian bekas Menteri Besar ke-16, Datuk Osman Sapian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 21 Disember tahun lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top