BM | EN | 中文

Menteri Besar Negeri Sembilan tak setuju kompaun RM1,000

suk-negeri-sembilan.jpg
Advertisement

SEREMBAN, 6 FEB: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amirudin Harun tidak bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kompaun terhadap individu yang ingkar dengan SOP yang ditetapkan.

Amirudin berkata, keputusan kerajaan itu adalah sesuatu yang tidak wajar untuk diteruskan.

“Amaun RM1,000 adalah satu nilai yang amat besar terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Advertisement

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amiruddin Harun

“Ini bukanlah masa untuk menghukum rakyat, sebaliknya terus mendidik rakyat tentang keperluan pematuhan SOP,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan susulan peningkatan ketara kes Covid-19. di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata setiap minggu ribuan saman dikeluarkan pihaknya kepada individu yang ingkar dan melanggar SOP PKP, yang kebanyakannya melibatkan kesalahan tiada penjarakan fizikal.

Advertisement

Dalam pada itu, Amirudin Harun berkata, beliau menyokong sekiranya nilai kompaun dinaikkan terhadap syarikat yang ingkar terhadap SOP.

“Pihak syarikat tidak ada alasan untuk tidak mematuhi SOP kerana mereka mempunyai prosedur pengoperasian yang jelas.

“Tambahan pula, mereka sepatutnya lebih sensitif untuk memerangi COVID-19 bagi memastikan operasi syarikat dapat terus berjalan seperti biasa,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top