JOHOR BAHRU, 22 JAN : Seramai kira-kira 30 wakil pemimpin masyarakat Persatuan Tiong Hua di sini diraikan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada majlis makan tengahari di Grand Bayview Seafood Restaurant, Danga Bay, hari ini.
Dr Sahruddin ketika ditemui media selepas majlis itu mengucapkan selamat Tahun Baru Cina 2020 kepada seluruh masyarakat Tionghua seluruh Johor.
“Semoga kemakmuran kebersamaan kita dapat dipertingkatkan lagi insya-ALLAH,”katanya.
Terdahulu, Dr Sahruddin memulakan majlis jamuan itu dengan menggaul yee sang sebagai simbolik sambutan Tahun Baru Cina.
Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.
Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung, Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse, Exco Kerajaan Tempatan Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon.
Turut sama hadir, Exco Belia Sukan Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri.
Johorkini