BM | EN | 中文

Menteri Besar Johor lancar tabung pembinaan masjid daerah Kulai bernilai RM30 juta

IMG_0731-scaled.jpg

Dr Sahruddin (lima, kanan) ketika merasmikan pelancaran tabung pembinaan masjid daerah Kulai

Advertisement

KULAI, 28 JAN : Daerah Kulai bakal memiliki masjid sendiri selepas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal melancarkan tabung pembinaan masjid berkenaan sempena lawatan rasmi beliau ke daerah itu, hari ini.

Dr Sahruddin berkata, masjid itu akan dibina dengan kos RM30juta di mana sumbangan masyarakat amat diperlukan untuk merealisasikan pembinaan tersebut.

“Saya lancarkan tabung pembinaan masjid daerah Kulai yang akan dibina dengan kos RM30 juta. Diharapkan semua masyarakat dapat sama-sama membantu menyumbang agar pembinaan masjid ini dapat dilaksanakan segera.

Advertisement

“Peruntukan RM30juta ini mengikut pembahagian di mana 20 peratus kos memerlukan sumbangan dari masyarakat, 30 peratus kos dari kerajaan negeri manakala 50 peratus dari kerajaan persekutuan.

“Kerajaan negeri akan bagi cuma kita harapkan masyarakat kena pastikan 20 peratus sumbangan dapat disegerakan. Apabila lengkap 50 peratus dana, pihak kerajaan persekutuan pula akan beri selebihnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Informasi Diabetis Kospen di Taman Pancasila, di sini, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh berkata, daerah itu belum mempunyai masjid daerah sendiri.

“Saya usahakan untuk kita bangunkan masjid daerah. Saya mahukan semangat itu dengan meminta menteri besar kita lancarkan tabung supaya orang ramai boleh derma.

“Kerana untuk menjayakannya mesti ada sumbangan tabung dari masyarakat sebagai perkongsian kos untuk jayakan projek ini.

Advertisement

“Alhamdulillah, semasa pelancaran oleh menteri besar pada hari ini sahaja kita berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000 untuk dana masjid yang akan dibina di tanah seluas sembilan ekar,” katanya lagi

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top