BM | EN | 中文

Menteri Besar Johor hadir beberapa siri mesyuarat penting di luar Johor

dr.sahruddin.jpg

Dr Sahruddin hadir ke Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri Ke-166, berlangsung kelmarin.

Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 FEB : Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menghadiri beberapa siri mesyuarat penting di Kuala Lumpur sempena rangka kerja beliau luar dari negeri ini sejak kelmarin.

Dalam perkongsian di Facebook, Dr Sahruddin memaklumkan beliau telah hadir ke Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri Ke-166, berlangsung kelmarin.

Pada hari sama, beliau menghadiri mesyuarat YAB Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-256.

Advertisement

Difahamkan ia merupakan antara beberapa siri mesyuarat yang dihadiri beliau pada hari tersebut.

Manakala pada semalam beliau kemudian menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-136 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top