BM | EN | 中文

MENJELANG BELANJAWAN 2020, MB HARAP DAPAT PERUNTUKAN LEBIH

IMG-20191001-WA0002.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OKT : Kerajaan negeri berharap supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada negeri Johor menerusi Belanjawan 2020 yang dijadualkan dibentang di Dewan Rakyat 11 Oktober ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, beliau berharap perkara tersebut menjadi kenyataan supaya kerajaan negeri dapat terus memacu pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat segenap lapisan.

“Kita haraplah, kerajaan persekutuan dapat membantu kerajaan negeri Johor dan memberi sebanyak mungkin peruntukkan.

Advertisement

“Ini bagi memastikan bajet pembangunan dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditanya mengenai harapan Johor mengenai Belanjawan 2020.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Program Islamic Finance Rendezvous Series 2019 di Hotel Grand Paragon, di sini, hari ini.

Adun Bukit Kepong itu berkata ini bertambah penting memandang kepada negeri Johor yang bakal menjadi hos kepada dua acara besar bagi tahun 2020, iaitu Tahun Melawat Johor dan Sukan Malaysia (Sukma).

Advertisement

“Tahun depan Johor akan menjadi tuan rumah Sukma 2020 serta Tahun Melawat Johor dan kedua-duanya memerlukan kos yang tinggi.

“Oleh itu, diharap dapat membantu kita dengan memberikan peruntukkan yang lebih,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top