BM | EN | 中文

“Mengecewakan, taman keretapi Kluang tak ada landasan” – Adun Mengkibol

Trek-KTMB-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 21 DIS: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menyatakan rasa kecewa apabila taman keretapi Kluang yang akan dibina tidak mengekalkan landasan lama.

Kata Chew, pejabat DUN Mengkibol sebelum ini telah mencadangkan dan menyelaras projek yang dinamakan sebagai K-Park melibatkan sebahagian tanah sepanjang 3 kilometer di bawah landasan trek berkembar (ETS) yang akan siap dibina dalam tahun 2021.

“Satu peristiwa yg sangat sangat mengecewakan para warga Kluang.

Advertisement

“Mengapa trek landasan yang begitu bersejarah mesti semua ditanggalkan? Termasuk landasan di depan stesen keretapi lama.

“Mengapa di New York, Sydney, Tokyo, Taiwan boleh kekalkan landasan keretapi dan menjadikannya taman rekreasi, tetapi kita tak boleh kekalkanan warisan sejarah ini?

“Satu hari yang sedih dalam sejarah Kluang,” kata Chew dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Advertisement

Chew dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, beliau menjangkakan Taman K-Park ini akan menarik ramai pelancong sama ada dari Malaysia ataupun dari Singapura setelah siap dibina dan selepas perkhidmatan ETS disediakan di Kluang pada hujung tahun 2021.

Katanya di bawah projek ini, tanah sempit yang dimiliki oleh Perbadanaan Aset Keretapi Berhad ini dicadang digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Antaranya stesen lama keretapi Kluang dikekalkan, pembinaan trek joging; trek berbasikal, ruang santai dan rekreasi, ruang untuk aktiviti pameran dan zon ekologi semulajdi.

Advertisement

Johorkini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top