BM | EN | 中文

Mengecewakan, hanya 11.7 peratus rakyat Johor divaksin setakat 29 Jun – PH

PH-Pakatan-Harapan-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JUL: Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) menunjukkan hanya 443,421 orang rakyat Johor atau 11.7 peratus sahaja yang telah menerima suntikan dos pertama setakat 29 Jun.

Perkembangan itu menurut Pakatan Harapan (PH) Johor adalah mengexewakan.

“Masih ramai warga Johor yang belum mendapat vaksin dos pertama.

Advertisement

“Kekurangan bekalan vaksin di Johor amat mengecewakan dan ia tidak seharusnya berlaku ketika Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ia juga telah menjejaskan perancangan Johor untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus bangsa Johor divaksin bagi mencapai sasaran imuniti kelompok pada hujung bulan Oktober tahun ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan PH Johor, hari ini.

Malah, menurut PH Johor, kadar vaksinasi di negeri ini lebih rendah berbanding Sarawak iaitu sebanyak 1.03 juta orang (36.6%) dan Selangor seramai 914, 648 orang (14.0%).

Advertisement

“PH Johor menyeru agar kerajaan Persekutuan memberi penjelasan menyeluruh mengenai kekurangan bekalan dos vaksin di Johor yang didakwa menjadi punca proses vaksinasi di negeri ini berjalan sangat perlahan dan tidak konsisten,” tambahnya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Negeri Johor, Senator Liew Chin Tong.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top