BM | EN | 中文

Mengapa kos purata memperbaiki sekolah daif melonjak 2.7 kali ganda? – Teo Nie Ching

Teo-Nie-Ching.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

KULAI, 1 OKT: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan mengapa berlaku peningkatan mendadak dalam kos memperbaiki sekolah daif dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, jelas berlaku peningkatan mendadak sehingga 2.7 kali ganda kalau dibandingkan dengan kos purata di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Semasa pembentangan RMKe-12, YAB Perdana Menteri menyebut dalam ucapan beliau pada 27 September 2021 bahawa RM1.6 bilion telah diperuntukkan bagi mengganti 148 bangunan daif dalam sekolah,” katanya, lapor Roketkini.

Advertisement

Kata Nie Ching, berdasarkan jawapan bertulis oleh Menteri Pendidikan, sejumlah RM3.055 bilion telah diluluskan untuk projek naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif bagi 773 buah sekolah di seluruh negara dalam RMK-11.

“Adalah amat jelas bahawa kos untuk memperbaiki sekolah daif melonjak secara mendadak dalam RMK-12.

“Di bawah RMK-12, RM400 bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan.

Advertisement

“Kerajaan harus bersikap bertanggungjawab dalam membelanjakan dana awam serta memastikan RM400 bilion ini diurus dengan sebaiknya dan telus,” ujarnya.

Oleh itu, Nie Ching berkata, YAB Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya dan Menteri Kanan Pendidikan harus memberi penjelasan kenapa kos purata bagi mengganti bangunan daif melonjak secara mendadak.

“Saya menggesa KKR dan KPM untuk memberi senarai 146 bangunan daif yang telah disenaraikan dan juga skop kerja berkenaan untuk penelitian orang ramai supaya orang ramai boleh meneliti secara kendiri samada peningkatan kos itu adalah munasabah dan tiada unsur ‘Mark up’,” katanya lagi..

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top