BM | EN | 中文

‘Mengapa kompaun Menteri kalau betul tak bersalah?’

khairuddin_aman_razali-Takiri.jpg

Gambar Ehsan The Malay Mail

Advertisement

MERSING, 21 OKT: Keputusan tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali memuktikan sikap ‘double standard’ pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas perkara itu, ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azam Razak berkata keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) itu mengecewakan banyak pihak.

Tegasnya, rakyat adalah suara terbesar dan kekesalan itu masih boleh dibaca dan menjadi perbualan hangat warganet berhubung keputusan yang dibuat petang tadi.

Advertisement

“Persoalannya adakah menteri tersebut terlepas dari kesalahan sedangkan sebelum ini beliau membayar kompaun kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Selain itu juga sebelum ini beliau turut memohon maaf secara umum di atas kesalahan yang dilakukan dengan berjanji tidak akan mengambil gaji menterinya selama empat bulan.

“Pelik. Perkara ini menjadi persoalan apabila tidak ada lanjutan siasatan ke atas beliau. Jadi kompaun yang dikenakan dan pemohonan maaf itu atas dasar apa?,” kata Azam ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau berkata amalan ‘double standard’ kerajaan PN membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan dengan pemerintahan mereka hari ini.

“Amalan ‘double standard’ yang dipraktikkan ini bukan satu gejala yang sihat pastinya yang mendapat kesan adalah rakyat.

“Rakyat turut mempertikai mengapa undang-undang yang dikenakan kepada menteri tersebut tidak dibuat kepada mereka. Hanya sekadar permohonan maaf sudah cukup menutup segala kesalahan yang melanggari undang-undang.

Advertisement

“Ini tidak betul. Apakah kerajaan hari ini lebih rela melihat rakyat semakin tertindas dan menteri serta kroni mereka berleluasa membuat apa yang mereka suka?,” Tegasnya lagi.

Terdahulu hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), pihaknya menerima arahan agar tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap menteri berkenaan.

Johotkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top