BM | EN | 中文

Mengapa kerajaan senyap-senyap batal pengecualian dasar kabotaj kerja baiki kabel bawah laut?

Anthony-Loke-Parlimen.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Kerajaan perlu menjawab keputusannya membatalkan pengecualian dasar kabotaj yang diperkenalkan pentabiran Pakatan Harapan (PH) bagi mempercepat kerja pembaikan kabel bawah laut internet Malaysia.

Ahli parlimen Seremban, Anthony Loke meminta penjelasan kerajaan membatalkan pengecualian dasar kabotaj untuk kerja pembaikan kabel mulai 13 November 2020 seperti diwartakan dalam PU (B) 592 baru-baru ini.

“Apakah suara dan permintaan dari industri telekomunikasi dan internet tempatan diambil kira? Apakah kepentingan negara Malaysia dari segi pembangunan industri internet era IR 4.0 diberi keutamaan?

Advertisement

“Kenapa menteri pengangkutan seolah-oleh membuat keputusan secara unilateral tanpa mengambil kira ulasan dan permintaan dari KKMM, Mosti, Miti dan kementerian yang lain? katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, 18 Nov lalu.

Roketkini melaporkan Anthony yang juga mantan Menteri Pengangkutan meminta penjelasan berhubung keputusan yang penting itu dilakukan secara ‘senyap-senyap’ tanpa kenyataan awam sebagai penerangan kepada semua pemegang taruh (stakeholders).

Beliau meminta Kementerian Pengangkutan menjelaskan pembatalan pengecualian dasar kabotaj yang diperkenalkan sejak 1 April 2019 yang disambut baik industri setelah mendengar pandangan dan permintaan pemegang taruh.

Advertisement

Katanya, sebelum ini, Kementerian Pengangkutan menerima permohonan daripada wakil industri internet serta GLC untuk memudahcara proses permohonan lesen perkapalan bagi kapal asing yang terlibat dalam kerja pembaikan kabel dasar laut.

Jelasnya, setelah penilaian terperinci dan taklimat oleh pegawai kanan KKMM, beliau berpuas hati bahawa permintaan tersebut munasabah dan impak kepada perniagaan perkapalan tempatan adalah minimum.

“Untuk makluman, tiada kapal Malaysia yang memenuhi syarat teknikal untuk membuat kerja pembaikan kabel dasar laut – ini adalah fakta yang dikemukakan oleh syarikat telekomunikasi Malaysia termasuk TM dan disokong oleh KKMM,” ujarnya.

Advertisement

Ia katanya disambut baik pemain industri internet kerana tempoh yang diperlukan untuk mendapat lesen perkapalan dalam negeri dipendekan sekurang-kurangnya 14 hari berbanding sebelum ini.

Tambah beliau, Singapura sekian lama menjadi negara pilihan bagi pendaratan kabel dasar laut dan pembinaan pusat data serantau berikutan dasar dan insentif yang agresif.

Katanya, Malaysia mampu bersaing dengan Singapura dalam industri baru itu atas faktor mempunyai kelebihan kos tanah dan operasi, selain berada di kedudukan geografi lebih strategik berbanding negara jiran tersebut.

Advertisement

“Industri pusat data kini berkembang pesat di seluruh dunia.

“Apabila sesebuah negara menjadi pusat kepada pelaburan pusat data dan menjadi hub kepada pendaratan kabel dasar laut, maka banyak faedah dapat diraih oleh negara tersebut termasuk peluang pekerjaan baru, dan juga mutu perkhidmatan telekomunikasi dan internet yang lebih laju dan lebih murah,” tegasnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top