BM | EN | 中文

Mengapa hanya tadika Pasti dapat bantuan?

Ustaz-Azam-Razak.png
Advertisement

MERSING, 7 JUL: Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuky Shaary menyampaikan sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM sebanyak RM 100,000 kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) menimbulkan persoalan.

Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Azam Razak berkata, tidak salah untuk memberi sumbangan, namun tindakan itu menimbulkan persoalan berhubung etika dan kesamarataan.

Katanya, ini kerana Pasti adalah sebuah entiti yang diuruskan oleh parti Pas dan tidak didaftar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Advertisement

Dalam masa yang sama Timbalan Menteri yang menyampaikan sumbangan itu adalah salah seorang ahli parlimen dari parti yang sama.

“Mengapa hanya Pasti yang dapat bantuan? Saya cadangkan Timbalan Menteri tersebut menyenaraikan kepada umum apakah tadika atau entiti pendidikan sama seperti Pasti yang turut mendapat sumbangan.

“Jangan cepat mengambil kesempatan. Kita mahu semua pihak mendapat bantuan tersebut.

Advertisement

“Perkara ini jelas tidak munasabah dengan keadaan semua tadika atau pusat asuhan terhimpit dengan masalah sama di negara ini,” tegasnya.

Beliau berkata, Pas sebelum ini mengkrtik langkah kerajaan diterajui Umno yang sentiasa memberi kelebihan kepada tadika Kemas, namun perkara sama dilakukan pula oleh Pas apabila menjadi kerajaan.

“Ia seperti menelan kata-kata mereka sendiri. Apa yang dikatakan oleh mereka sebelum ini berkenaan dana kepada tadika Kemas, mereka (pula) lakukan.

Advertisement

“Kita mendesak JAKIM dan pihak kementerian mengeluarkan senarai pusat asuhan dan tadika seangkatan dengan Pasti yang telah diberikan bantuan sama.

“Kita tidak mahu wujudnya diskriminasi dalam soal agihan bantuan kerana kita mengetahui dalam hal ini semua pengusaha pusat asuhan dan tadika turut dalam kesempitan, bukan hanya Pasti sahaja,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top