BM | EN | 中文

MENARA BAHARU MBJB MULA OPERASI 1 JANUARI 2020

Datuk-Amran-A-Rahman.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 SEPT: Mulai 1 Januari 2020, pejabat pengurusan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan berpindah ke menara MBJB yang baharu di Bukit Senyum, di sini.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata, pada ketika ini, pembinaan bangunan itu sudah berada pada fasa akhir.

“Keputusan untuk membina satu pejabat baharu di One Bukit Senyum adalah bertujuan menggantikan bangunan sedia ada.

Advertisement

“Ia bagi memastikan warga kerja MBJB dapat bekerja dalam suasa yang kondusif, sekaligus meningkatkan produktiviti dalam menyampaikan perkhidmatan kelas pertama kepada warga bandar raya Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Amal MBJB, malam tadi.

Difahamkan, bangunan pejabat baharu 14 tingkat yang bernilai kira-kira RM308 juta bagi menggantikan bangunan sedia ada yang sudah beroperasi hampir 53 tahun dan tidak dapat menampung keperluan semasa.

Advertisement

Menara berkenaan turut mempunyai sebanyak 558 unit tempat letak kenderaan untuk kakitangan dan orang awam.

Ia turut dilengkapkan dengan kemudahan auditorium dengan kapasiti 300 orang dan dewan yang boleh memuatkan 1,000 orang selain galeri, ruang mesyuarat serta Mahkamah Bandaraya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top