BM | EN | 中文

Melaka meterai perjanjian bekalan air dengan Johor

empangan-asahan-melaka.jpg

Empangan Asahan, Melaka (Gambar Ehsan FB Jabatan Alam Sekitar)

Advertisement

MELAKA, 5 DIS: Kerajaan negeri Melaka menandatangani Perjanjian Empangan Asahan dengan kerajaan negeri Johor berhubung pembekalan air mentah dari Sungai Gemas yang menjadi sumber utama air negeri itu secara percuma sehingga 2029.

Majlis menandatangani perjanjian antara Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berlangsung di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor, pada Khamis.

Sulaiman berkata menerusi perjanjian berkenaan, kerajaan Johor akan membenarkan penggunaan air mentah secara percuma dari Sungai Gemas yang menjadi sumber utama bagi takungan air di Empangan Asahan di Jasin selama 70 tahun.

Advertisement

“Kerajaan Melaka juga dibenarkan mengepam air di Empangan Asahan bagi menampung keperluan bekalan air bagi penduduk Melaka di kawasan Kampung Asahan, Simpang Bekoh, Nyalas dan sebahagian kawasan di Tangkak, Johor,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi miliknya semalam.

Empangan Asahan dibina pada 1928 dan siap sepenuhnya pada 1930 oleh kerajaan British dengan air di Empangan Asahan diproses dan dirawat di Loji Rawatan Air (LRA) Asahan dengan kapasiti maksimum 6.5 juta liter sehari oleh Syarikat Air Melaka Berhad.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top