BM | EN | 中文

Melaka-Johor akan bekerjasama aspek bekalan air

johor-melaka-map-peta.png
Advertisement

MELAKA, 25 JUN: Kerajaan negeri Melaka dan Johor akan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai aspek termasuk soal bekalan air bagi memastikan sumber itu tidak terjejas khususnya menjelang musim panas dan kering yang dijangka berlaku antara September dan Oktober depan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali berkata kerjasama itu turut melibatkan penambahbaikan perjanjian bekalan air yang dimeterai kedua-dua negeri sejak sekian lama dan Johor merupakan satu daripada sumber bekalan air bagi Melaka.

“Selepas 100 hari kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Melaka, inisiatif utama yang saya lakukan ialah berjumpa dengan ketua negeri yang berjiran dengan Melaka untuk mengeratkan hubungan selain melakukan perbincangan berkaitan beberapa isu semasa melibatkan negeri.

Advertisement

“Salah satunya adalah berkaitan bekalan air dan kita berharap kerajaan negeri Johor dapat terus membekalkan air ke Melaka serta meningkatkan kapasiti bekalan pada masa akan datang, selain usaha jangka panjang dan pendek dilaksanakan kerajaan negeri Melaka bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi,” katanya, lapor Bernama.

Beliau terdahulu mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh bersempena pembukaan semula sesi persekolahan di sini, semalam.

Pada Ahad lepas, Sulaiman dalam Facebook rasminya memaklumkan pertemuan beliau dan rombongan kerajaan negeri Melaka menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Advertisement

Mengulas lanjut, Ketua Menteri berkata dengan kerjasama tersebut, isu bekalan air di Melaka dijangka tidak terjejas pada masa hadapan terutama pada musim panas dan kering sekiranya ia digunakan dengan sebaik mungkin.

Katanya Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri juga telah diarahkan untuk terus melakukan langkah penjimatan dan pengurusan bagi memastikan bekalan air untuk rakyat Melaka mencukupi menjelang musim tersebut.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata kerajaan negeri juga berminat untuk mempelajari usaha yang dilakukan kerajaan negeri Johor daripada aspek pembangunan dan kemajuan negeri itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top