BM | EN | 中文

MEDIA: MALAYSIA, SINGAPURA CAPAI ‘PERSEFAHAMAN’ PROJEK RTS

Anthony-MOT.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Malaysia dan Singapura sudah mencapai ‘persefahaman’ berhubung pelaksanaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor-Singapura.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata persefahaman bagi pelaksanaan sistem rel sepanjang empat kilometer itu dicapai ketika beliau bertemu Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan bulan lalu.

“Ya, (perbincangan) RTS Johor-Singapura akan (dimuktamadkan) tidak lama lagi. Kita sedang bekerja rapat (dengan Singapura) disebalik tabir. Kami tahu projek RTS ini penting.

Advertisement

“Saya sudah bertemu dengan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan bulan lalu dan kami sudah mencapai ‘persefahaman’.

“Buat masa ini, kami masih perlu memperincikan beberapa perkara dan selepas ia berjaya diputuskan, kami akan membuat pengumuman mengenainya,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada Mesyuarat Tahunan Persekutuan Pelabuhan China-Malaysia Ke-4 di sini, hari ini.

Advertisement

Malaysia sebelum ini terpaksa membayar RM2 juta kepada Singapura sebagai kos penangguhan projek RTS, yang juga jumlah yang sudah dibelanjakan republik itu bagi pelaksanaan projek RTS di Singapura.

Pada Mei lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian tambahan bagi menangguhkan sekali lagi projek berkenaan sehingga 31 September depan bagi membolehkan kedua-dua negara meneliti semula pendekatan dan struktur projek RTS supaya ia lebih kos efektif.

Sebelum ini, Anthony dilaporkan berkata, kerajaan yakin dapat memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan projek itu sebelum 30 September ini.

Advertisement

Projek RTS bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor ke stesen Woodlands North, Singapura dengan sasaran kapasiti mencecah 10,000 penumpang sejam, namun jika projek itu dibatalkan, Malaysia perlu membayar pampasan berjumlah RM200 juta kepada Singapura.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top