BM | EN | 中文

Media arus perdana perlu patuhi etika asas kewartawanan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JAN: Media arus perdana dinasihati untuk mematuhi etika asas kewartawanan dalam menyampaikan sesebuah berita dan tidak terikut dengan berita disampaikan media sosial.

Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin berkata, hal itu bagi memastikan berita yang disampaikan sahih dan tepat.

“Bahaya yang dilihat sekarang adalah terdapat media arus perdana yang memiliki pengarang terikut dengan budaya media sosial.

Advertisement

“Malah ada media arus perdana yang memetik berita daripada media sosial yang tidak disahkan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri program Dialog Bina: Membina Budaya Tinggi Dalam Aktivisme Politik Melayu anjuran Akademi Bina Bangsa, di sini hari ini.

A Kadir yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut memberitahu, beliau bagaimanapun memahami kekangan dihadapi media arus perdana, namun etika kewartawanan harus dipertahankan.

Advertisement

Pihaknya turut menyarankan masyarakat termasuk penggiat media sosial untuk khususnya dalam kalangan parti politik untuk kembali membaca media arus perdana.

“Hal ini kerana terdapat maklumat bertanggungjawab di dalam media arus perdana dan bukan sebaliknya dengan hanya menulis apa yang terlintas di fikiran tanpa sebarang fakta,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top