BM | EN | 中文

“Media arus perdana perlu beri ruang seimbang kepada semua pihak”

adly-zahari-prn-melaka.jpg
Advertisement

MELAKA, 9 NOV: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata pihak media, terutamanya media arus perdana perlu memberikan ruang dan liputan seimbang kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya negeri (PRN) Melaka.

Katanya ini kerana cabaran terbesar PRN Melaka kali ini susulan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan berbeza dengan mana-mana pilihan raya lalu terutamanya melibatkan kempen fizikal.

“Saya berharap juga media boleh memainkan peranan penting, terutamanya media-media arus perdana untuk memberikan ruang lebih banyak kepada calon-calon ini untuk mereka menyampaikan mesej masing-masing.

Advertisement

“Rakyat mahu membuat keputusan (berdasarkan) maklumat, penerangan dan hala tuju setiap daripada gerakan politik.

“Calon-calon ini harus diberikan ruang sewajarnya,” kata Adly pada sidang media di ibu pejabat Parti AMANAH Negara, semalam.

Namun katanya, meskipun terbatas PH akan terus memanfaatkan semua ruang-ruang kempen berdasarkan kepada SOP ditetapkan.

Advertisement

Katanya ia termasuk kempen melalui media baru dan edaran risalah-risalah yang dibenarkan mengikut SOP yang ditentukan.

“Begitu juga dengan penerangan secara mobile (bergerag), ini juga kita akan manfaatkan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top