BM | EN | 中文

MDM PBT pertama di Johor laksana program kitar semula berganjaran

chen-choong-2.jpg

Chen Choon (tiga, kiri) ketika hadir Majlis Pelancaran Mini KITAR3CYCLE @ Majlis Daerah Mersing, hari ini.

Advertisement

MERSING, 20 FEB : Majlis Daerah Mersing (MDM) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negeri ini yang melaksanakan program kitar semula berganjaran KITAR3CYCLE melalui kerjasama strategik dengan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment).

Pengurus Wilayah Johor SWM Environment, Mohd Zan Arris berkata pihak SWM Environment berhasrat untuk menjadikan PBT sebagai rakan strategik bagi mengembangkan jaringan perlaksanaan program KITAR3CYCLE di Johor pada tahun ini.

Menurutnya, kesediaan pihak MDM untuk melaksanakan KITAR3CYCLE amat disambut baik sekali gus mengelak pembaziran sumber boleh dikitar semula ke tapak pelupusan.

Advertisement

“Pengenalan program KITAR3CYCLE di kawasan pentadbiran MDM akan dilaksanakan secara berperingkat dengan membabitkan warga MDM terlebih dahulu sebelum diperluas kepada masyarakat setempat.

“Pihak SWM Environment amat berbesar hati untuk menjadikan program KITAR3CYCLE sebagai platform bagi MDM menuju PBT lestari sebagaimana digagaskan oleh Kerajaan Negeri Johor,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada Majlis Pelancaran Mini KITAR3CYCLE @ Majlis Daerah Mersing itu yang disempurnakan Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri Johor, Tan Chen Choon, hari ini.

Advertisement

Hadir sama, Yang Dipertua MDM, Norazmi Amir Hamzah, ADUN Endau, Alwiyah Talib.

Chen Choon (kiri) menyambut baik pelancaran Mini KITAR3CYCLE @ Majlis Daerah Mersing, hari ini.

Mohd Norlisam berkata, program KITAR3CYCLE itu tidak terhad kepada tiga barangan kitar semula asas seperti kertas, plastik dan aluminium.

“Sebaliknya turut menawarkan ganjaran bagi lebih 30 jenis barangan boleh dikitar semula seperti tekstil, komponen elektronik dan elektrik serta botol kaca.

Advertisement

“Setiap mata ganjaran terkumpul boleh ditebus dalam bentuk wang tunai melalui perbankan atas talian atau dompet elektronik (e-wallet).

“Individu atau organisasi yang berminat untuk melaksanakan program KITAR3CYCLE boleh menghubungi pihak SWM Environment melalui Talian WhatsApp di 012 618 0082 dan seterusnya memuat turun aplikasi KITAR3CYCLE daripada platform Google Play atau Apple Store,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Chen Choon berharap usaha dilakukan itu menjadi contoh kepada PBT lain dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang melakukan pengasingan sisa di punca.

Advertisement

“Usaha dilakukan ini kita dapati adalah salah satu cara untuk kurangkan pembuangan sampah di tapak pelupusan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak SWM saya harap orang ramai boleh gunakan aplikasi ini dan amalkan pengasingan di punca. Usaha ini juga boleh diteruskan di PBT yang lain,”katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top