BM | EN | 中文

MDKT mohon RM1juta baik pulih kemudahan rosak di Air Terjun Kota Tinggi

banjir-kota-tinggi-1.jpg

Mohd Fauzei (dua,kanan) meninjau keadaan di Air Terjun Kota Tinggi yang terjejas susulan fenomena 'kepala air' yang melanda kawasan itu baru-baru ini

 

KOTA TINGGI, 24 DIS : Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah memohon peruntukan sebanyak RM1juta dari kerajaan negeri untuk melakukan kerja baikpulih kemudahan di Air Terjun Kota Tinggi, di sini yang mengalami kerosakan susulan fenomena ‘kepala air’, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam MDKT dan Air Terjun Kota Tinggi, Mohd Fauzei Mohd Ali berkata, permohonan peruntukan baik pulih pusat riadah tumpuan pelancong itu tu dibuat memandangkan Tahun Melawat Johor 2020 terlalu hampir.

“Lagi beberapa hari sahaja kita akan masuk ke tahun baru dan menyambut Tahun Melawat Johor 2020 jadi pihak MDKT telah pun memohon peruntukan melalui exco pelancongan.

“Kejadian banjir ini berlaku pada 15 Disember menyebabkan kemudahan-kemudahan di pusat rekreasi ini rosak akibat hentaman banjir,”katanya kepada wartawan ketika melakukan tinjauan Air Terjun Kota Tinggi, hari ini.

Tambahnya, antara kerosakkan yang berlaku membabitkan tempat duduk, meja, parit-parit, jalan masuk ke air terjun dan lain-lain lagi.

Jelasnya, di pusat rekreasi itu tiada pekerja yang tinggal hanya dua orang pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk.

“Peruntukan yang dimohon itu adalah untuk kerja-kerja menurap kembali jalan, baik pulih parit, meja, tandas serta semua yang merangkumi semua aspek kemudahan awam,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top