BM | EN | 中文

Md Rayhan diusir dari Malaysia malam tadi

Md-Rayhan-diusir-dari-Malaysia.jpg

Gambar Ehsan Astro Awani

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual dalam dokumentari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” diusir ke negara asalnya malam tadi.

Md Rayhan, 25, dibawa ke Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kira-kira 9 malam oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Md Rayhan yang berbaju kemeja dan membawa sebuah beg sandang, sempat melambai dan menunjukkan isyarat tanda bagus kepada kumpulan media sebelum dibawa masuk ke kaunter imigresen.

Difahamkan dia menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Dhaka, Bangladesh pada 11 malam.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas JIM memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum ini memaklumkan Md Rayhan akan diusir ke negara asal selepas semua siasatan polis selesai selain pas lawatan kerjanya ditamat dan disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia selama-lamanya.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top