BM | EN | 中文

MCMC berjaya selesaikan masalah internet lemah di Kg Muhibbah, Penawar

MCMC-berjaya-selesaikan-masalah-internet-lemah-di-Kg-Muhibbah-Penawar.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 26 JUN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyelesaikan masalah capaian Internet lemah yang dialami di Kampung Muhibbah, Penawar, Kota Tinggi, Johor sehingga menyukarkan seorang pelajar mengikuti kelas dalam talian sebelum ini.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya di Johor bersama wakil penyedia perkhidmatan telah melawat lokasi itu dan bertemu dengan ibu pelajar tersebut iaitu Farah Norain Hashim bagi menyiasat serta mendapatkan gambaran sebenar berhubung masalah yang dihadapi.

Kenyataan itu menyebut hasil ujian liputan yang dijalankan di dalam dan luar rumah pelajar tersebut mendapati capaian Internet lemah memandangkan rumahnya dikelilingi pokok kelapa sawit.

Advertisement

“Justeru, MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk mengubah pancaran liputan dari menara terdekat yang terletak 1.1 kilometer jauhnya ke rumah pengadu dan tindakan tersebut telah pun diambil.

“Turut dijalankan ialah ujian kelajuan, set semula komputer riba dan telefon bimbit serta menjalankan proses pencarisilapan di dalam dan luar rumah pengadu,” menurut kenyataan itu.

Bernama melaporkan, hasil tindakan yang diambil, capaian Internet di rumah pelajar itu berjaya dipulihkan dan kini keluarganya juga dapat menerima panggilan telefon serta liputan 4G melalui komputer riba.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top