JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Bintang UFC, Conor McGregor semalam memohon maaf kepada individu yang diserangnya di sebuah bar di Dublin, Ireland.
Kejadian yang direkod dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular minggu lalu dan McGregor berkata beliau kesal dengan perbuatannya tersebut. terkenal tersebut
“Saya bersalah. Lelaki terbabit sepatutnya meluangkan masa di pub tanpa melalui kejadian seperti ini,” katanya dalam satu temu ramah dengan ESPN.
Dia juga bersedia menerima sebarang hukuman dari polis yang kini sedang menyiasat kejadian tersebut.
“Apa saja hukuman, saya bersedia dan harus menerimanya,” katanya.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada April dan McGregor mengakui beliau amat kecewa dengan tindakannya itu dan kini sedang cuba memperbaiki diri.
Sumber: AFP