BM | EN | 中文

MCA sedia berdepan PRN Johor

mca-sedia-hadapi-prn-johor.jpg

KAMPAR, 22 JAN: MCA sudah mempersiapkan jentera parti itu bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun sehingga kini belum terdapat sebarang maklumat atau mesyuarat yang diadakan berhubung desas-desus PRN tersebut.

Menurutnya, setakat ini khabar angin mengenai PRN Johor itu hanya diketahui menerusi media massa.

“Saya rasa bagi MCA, kita berdepan dengan sama ada PRU15 atau PRN dimana-mana kita tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sama, tatacara kita adalah kita bersiap siaga kerana kita dah masuk tahun keempat.

“Bila-bila saja wisel ditiupkan kita akan bersiap siaga dan pastikan orang-orang kita sudah turun ke bawah dan mereka faham peranan mereka,” katanya, lapor SH Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika selepas Majlis Pelancaran Kebangsaan Kutipan Dana MCA bagi Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampus UTAR, di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ka Siong berkata, apabila memasuki tahun keempat bagi setiap penggal, parti dapat menjangka akan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun PRN.

Menurut Pengerusi MCA Johor itu, malah untuk tempoh 18 bulan akan datang juga pihaknya meramalkan akan berlaku PRU15.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top