BM | EN | 中文

MBJB turunkan iklan ceti haram

Majlis-Bandaraya-Johor-Bahru-MBJB.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OGOS: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menurunkan 16,886 iklan ceti haram atau ‘Ah Long’ di sekitar bandar raya ini, sejak Januari sehingga Jun lalu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Amran A Rahman, berkata operasi dilakukan Jabatan Penguatkuasaan MBJB itu membabitkan penurunan iklan atas pelbagai kesalahan.

“Secara keseluruhan, Jabatan Penguatkuasaan MBJB menurunkan 1,602 iklan bunting, 594 iklan sepanduk, 123 iklan pada papan iklan dan 4,659 iklan pelbagai medium.

Advertisement

“Iklan terbabit diturunkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen iklan, tidak mempunyai permit kebenaran menggantung serta meletak iklan di jalan protokol atau tempat tidak dibenarkan,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Dewan Inai Merah, MBJB di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Amran berkata, Jabatan Penguatkuasaan MBJB menerusi pasukan rondaan dikenali sebagai Skuad Lensa melaporkan 254 aduan pelbagai kesalahan dengan 222 daripada aduan itu sudah diselesaikan.

Advertisement

“Sehingga Jun lalu, sebanyak 2,520 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk halangan kenderaan atau premis di siar kaki, lorong belakang dan kaki lima, menjalankan perniagaan atau menjaja tanpa lesen; serta mengadakan pengubahan tambahan atau binaan tanpa permit.

“Nilai keseluruhan kompaun ini adalah RM266,421,” katanya.

Dalam tempoh sama, katanya, MBJB mengambil tindakan penundaan atau pengalihan kepada 402 kenderaan buruk atau terbiar di sekitar bandar raya.

Advertisement

“Bagi operasi terhadap premis perniagaan dan penjaja warga asing, MBJB sudah mengambil tindakan terhadap 263 penjaja tempatan dan 132 penjaja warga asing yang didapati menjalankan perniagaan tanpa kebenaran MBJB.

“Operasi akan terus dijalankan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman warga bandar raya ini terus terjamin,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top