BM | EN | 中文

MBJB SASAR RM1.5 JUTA KUTIPAN UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KE-25

MBJB.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 SEPT: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarkan untuk mengumpul RM1.5 juta sumbangan daripada Majlis Makan Malam Amalnya ke-25 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada), di sini pada 22 September depan.

Datuk Bandar MBJB Datuk Amran A Rahman berkata, setakat ini, sebanyak RM900,000 berjaya dikumpulkan.

Menurutnya, sumbangan itu melibatkan daripada badan-badan korporat dan syarikat-syarikat yang berkaitan.

Advertisement

“Antara pemaju pertama termasuklah Crescendo Corporation Berhad yang menyumbangkan dana sebanyak RM50,000 dan telah pun diserahkan pada 26 Ogos yang lalu.

“Kita sasar RM1.5 juta, walaubagaimanapun, jika sasaran itu tidak dicapai, sasaran akan diturunkan kepada RM1.2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melancarkan majlis perasmian dan pembukaan jalan akses yang menghubungkan Taman Desa Cemerlang – Taman Ehsan Jaya, di sini, hari ini.

Advertisement

Amran berkata, komitmen pihak Crescendo di dalam aktiviti berunsur tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu selayaknya dipuji dan harus dicontohi oleh pihak korporat yang lain.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang telah pun membuat sumbangan.

“Ini kerana dana yang terkumpul itu akan disumbangkan semula kepada badan-badan kebajikan di sekitar kawasan bandaraya bagi tujuan kegunaan rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Ujarnya lagi, majlis tersebut dijangka akan dihadiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal itu.

“Tahun lalu, kita berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1.1 juta bersempena sambutan ulang tahun MBJB ke-24,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top