BM | EN | 中文

MBJB nasihat patuhi arahan meletak kenderaan

gmbr-ihsan-mbjb.jpg

Operasi penguatkuasaan tunda dan kompaun akan dijalankan secara lebih kerap di lokasi kawasan sekitar Larkin Sentral dan berdekatan Jalan Tun Abdul Razak (gambar ehsan: Facebook rasmi MBJB)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Orang ramai dinasihatkan agar meletakkan kenderaan di tempat parkir yang disediakan serta mematuhi segala peraturan jalan raya yang telah ditetapkan di sekitar bandaraya di sini.

Operasi penguatkuasaan akan dijalankan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terutamanya di kawasan sekitar Larkin Sentral dan berdekatan Jalan Tun Abdul Razak, di sini.

Menurut satu status yang dimuatnaik di Facebook rasmi MBJB, operasi penguatkuasaan tunda dan kompaun akan dijalankan secara lebih kerap di lokasi tersebut.

Advertisement

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil di bawah peruntukkan Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan, Seksyen 46 (1) (g) dan Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MBJB 1981 pindaan 2014 (6) (i) (g).

“Ini adalah kesalahan yang meletakkan kenderaan di mana-mana tempat awam yang tidak dibenarkan,” menurut status tersebut.

Pihak majlis memberikan amaran tegas kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di tempat awam terutamanya di lokasi tersebut kerana ia menyebabkan halangan lalu lintas.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top