BM | EN | 中文

MBJB catat RM 417.22 juta kutipan hasil sehingga 30 November lepas

Adib-azhari-01-scaled.jpg

Adib Azhari

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JAN : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mencatatkan kutipan hasil sejumlah RM417.22 juta, sehingga 30 November lalu.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, jumlah kutipan tersebut adalah bersamaan dengan 97 peratus dari sasaran kutipan hasil tahun 2019.

“Bagi tujuan perbelanjaan pula, MBJB telah membelanjakan sejumlah RM330.45 juta termasuk RM141.16 juta bagi tujuan pembangunan,” katanya ketika berucap pada mesyuarat penuh Bilangan-12 tahun 2019, di Dewan Inai Merah, di sini.

Advertisement

Adib Azhari berkata, sepanjang tahun lepas, MBJB telah berjaya menerima beberapa pengiktirafan dan kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.

“Antaranya adalah anugerah Gold Award di International Convention on Quality Circle (ICQCC) Tokyo Jepun, anugerah Garden Starlight Award Floria Diraja Putrajaya, Johan pertandingan bot berhias dan lain-lain lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Adib Azhari turut menyeru warga kerja MBJB supaya sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatan agar selari dengan kehendak dan peredaran zaman.

Advertisement

Beliau juga memaklumkan proses pemindahan ibu pejabat MBJB ke Menara barunya yang terletak di Bukit Senyum akan dijalankan secara berperingkat mulai hari ini dan dijangka selesai pada 27 Februari depan.

“Makluman berkenaan status penyediaan perkhidmatan di Menara MBJB dan pejabat-pejabat cawangan majlis akan dipaparkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top