BM | EN | 中文

MBJB bakal anjur sekurang-kurangnya 60 program tahun hadapan, untuk disertai setiap lapisan masyarakat

Adib-azhari-01-scaled.jpg

Adib Azhari

Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menganjurkan sekurang-kurangnya 60 program berbentuk kesukanan, kemasyarakatan, pendidikan, kesenian dan lain-lain pada tahun hadapan.

Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud berkata, ianya akan dimulakan dengan penganjuran program Malam Penghayatan Islam Sempena Ulang Tahun MBJB Ke-26 pada 2 Januari 2020 di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin Jaya.

“Antara program-program lain yang bakal dianjurkan pada bulan depan adalah acara menyambut ketibaan para pelancong di JB Sentral, program JB Wake Up Car Free Day, program Recreational Night di Dataran, Program Town Hall Kelestarian Pendidikan LA 21 dan lain-lain lagi,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat penuh Bilangan-12 tahun 2019, yang diadakan di Dewan Inai Merah, di sini, semalam.

“Justeru itu, saya ingin menjemput seluruh warga bandar raya Johor Bahru untuk beramai-ramai turut serta di dalam program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2020 nanti.

“Kita akan menyambut dekad baharu tahun 2020 ini merupakan tahun penting dalam kalendar acara negeri Johor iaitu bersempena Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ2020) dan penganjuran Sukan Malaysia atau SUKMA 2020,” katanya.

Advertisement

Adib turut mengingatkan kepada jabatan-jabatan berkaitan agar bersiap sedia dari segi kerja-kerja kebersihan, keindahan dan persiapan infra dalam menjayakan kedua-dua acara tersebut.

Tambahnya lagi, bermula 12 Januari tahun hadapan, MBJB akan menganjurkan sesi Town Hall Bersama Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Kos Rendah di dalam kawasan MBJB secara dwi mingguan.

“Tujuan sesi town hall ini diadakan adalah bagi mewujudkan penghuni perumahan yang lestari selain mendalami isu-isu semasa yang dihadapi.

Advertisement

“Menjelang tahun baharu ini juga, saya ingin menyeru warga kerja MBJB supaya sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatan agar organisasi ini sentiasa selari dengan kehendak dan peredaran zaman,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top