BM | EN | 中文

MBI Selangor peruntuk RM5 juta laksana program kemasyarakatan

MBI-peruntuk-RM5-juta-laksana-program-kemasyarakatan.jpeg

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (tengah, belakang) bersama penerima sumbangan pada program bantuan kepada komuniti dan anak yatim di Apartment Lestari, Petaling Jaya pada 23 Januari2022 (Gambar Ehsan SelangorKini)

PETALING JAYA, 23 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan memperuntukkan sehingga RM5 juta bagi menjayakan pelbagai program melibatkan masyarakat tahun ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata perbelanjaan itu merangkumi program komuniti, latihan dan kursus, sukan, alam sekitar serta ihya Ramadan.

“Mana-mana pihak termasuk golongan anak muda yang perlukan dana untuk lakukan sebarang program boleh hubungi kami. Penglibatan semua pihak dialu-alukan,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan bakul makanan dan wang ringgit kepada anak yatim serta komuniti Apartment Lestari, Damansara Damai di sini hari ini.

Apartment Lestari, Petaling Jaya pada 23 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Tahun lalu, anak syarikat Kerajaan Negeri itu membelanjakan RM28 juta bagi melaksanakan program kebajikan dan inisiatif memerangi Covid-19.

MBI turut mengagihkan RM2.8 juta bagi membantu mangsa banjir negeri ini melalui program tanggungjawab sosial korporat dan sumbangan kepada Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top