BM | EN | 中文

MBI Selangor peruntuk lebih RM80,000 bantu penduduk terlibat PKPD Sabak Bernam

MBI-peruntuk-lebih-RM80000-bantu-penduduk-terlibat-PKPD-Sabak-Bernam.jpg

Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman mewakili MBI menyerahkan bantuan makanan kepada Ketua Polis Sabak Bernam, Agus Salim dan agensi kerajaan ketika Penyerahan Bantuan Makanan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam serta CSR MBI di Taman Pertama, Sabak Bernam pada 30 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SABAK BERNAM, 30 MEI: Kerajaan Selangor menerusi Pemerbadanan Menteri Besar memperuntukkan RM87,600 bagi membantu penduduk yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabak Bernam.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat, Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya menyumbang 376 pek makanan berupa beras, tepung, minyak dan sardin selain 500 pek daripada EXCO Perumahan Rodziah Ismail.

“Seramai 3,900 daripada 876 rumah menerima manfaat ini. Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam mendepani situasi PKPD ketika ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Tiga lokasi iaitu Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima di Sabak Bernam dikenakan PKPD yang berkuat kuasa dua minggu mulai hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 135 kes positif dikesan daripada 2,538 individu yang disaring di tiga taman perumahan tersebut, selain satu kematian membabitkan warga emas berusia 74 tahun.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam Amri Ismail berkata kawad duri sepanjang empat kilometer dipasang dan hanya satu laluan dijadikan pintu utama untuk kawalan keselamatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top