BM | EN | 中文

MB Selangor temu Khairy esok, bincang isu tempahan vaksin

khairy-jamaluddin-amir-shari.jpg

Datuk Seri Amirudin Shari dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bercakap pada sidang media berkaitan Program Suntikan Vaksin Covid-19 peringkat Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Mac 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 29 MEI: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bertemu esok bagi berbincang pelbagai isu termasuk tempahan vaksin.

Amirudin Shari berkata wujud salah faham dalam kenyataan Badan Bertindak Imunisasi Covid-10 Kebangsaaan (CITF) dan Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Saya baru berkomunikasi dengan YB Khairy Jamaluddin tentang kenyataan CITF & Selangkah, terdapat salah faham dalam kenyataan semalam.

Advertisement

“Esok, beliau ( Khairy Jamaluddin) undang saya untuk bertemu bagi selaras gerak kerja yang lebih padu di hari muka. Benda boleh bincang kenapa nak uar-uar di media,” kata Amirudin, lapor Selangorkini.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif SELangkah Tengku Iesta Tengku Alaudin menegaskan mereka tidak terlibat dalam kecelaruan tempahan vaksin AstraZeneca.

Menolak sekeras-kerasnya dakwaan CITF termasuk tuduhan membuat tempahan tanpa kebenaran pemohon, beliau menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

Advertisement

Katanya, SELangkah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap badan itu berikutan dakwaan palsu yang menjejaskan reputasi mereka.

Terdahulu, CITF mendakwa mengenal pasti punca sebilangan individu diberi janji temu penerimaan vaksin walaupun tidak membuat tempahan.

Mereka menuduh SELangkah memberi beberapa slot vaksin dalam jumlah besar tanpa semakan pangkalan data dan persetujuan individu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top